Thursday 13 September 2018

Aku dan Sonotron.

Kejadian di muka aku mungkin berpunca daripada step double cleansing yang me'irritate' kulit dan aku garu muka sendiri atau mungkin alahan tuna dalam tin selepas syok nikmat sandwich ala-ala Subways.. mungkin juga faktor lain yang tiada dalam pengetahuanku.

Jadi, ditakdirkan Allah, Atiqah Othman ini bawa aku gi klinik keluarga doktor keluarga beliau. Dr. Khadzali. Dengan kata-kata dia dan masa yang diluangkan serta terapi Sonotron.. aku kembali yakin untuk berjumpa dengan manusia.

Dua kali setakat ni aku buat rawatan Sonotron. Alhamdulillah kulit muka yang kasar macam baru lepas cukur / kertas pasir halus tu dah hilang, masih parut yang tinggal. Dan Jerawat akibat hormon, stress dan pemakanan (penghadaman).

Jadi, aku kembali kepada gaya hidup sihat dengan amalan buah setiap hari, makan real food sahaja, makan ubat, vitamin, cuci muka sebelum tido, apply moisturizer dan sebagainya.

Surat Anbiya' ayat 83.

Baca ikut arahan Ustaz Syahran dan yakin Allah yang datangkan penyakit, Dia jugalah yang sembuhkan.

Well, nk tengok muka before n after kena tanya officemates je la. dan aku sendiri yang alaminya.

hemmmmmm...

http://ismera2116.blogspot.com/2012/12/rawatan-sonotron.html

Ada maklumat klinik ditulis dalam blog ini dan blog2 lain.



ni mesin sonotron.

No comments:

Post a Comment