Thursday 13 September 2018

The Suits Korea [How I found myself]

When you love yourself, no one can stop you.
[Macamanalah Go Yeon Woo yang tiada lesen dan degree undang-undang boleh begitu cemerlang mempertahankan klien dan memberi hak kepada mangsa/pengadu... Berlatarbelakangkan kehidupan yang tidak memihak kepada dia, dia cuba secara salah impersonate a lawyer and perform very well.] #thesuitskorea

Nikmat mana lagi kau nak nafikan bilamana degree dah ada, tinggal lesen je lagi untuk kau beralasan untuk tidak membantu masyarakat dan menjadi individu yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan berilmu untuk mempertahankan yang hak?

Semalam ada briefing Dock Brief yg telah membuka mata aku untuk ketepikan personal bias dan judgment bila mewakili OKT.
DAN aku start Dock brief next Tuesday (Doakan.)
Dan tadi ditakdirkan berjumpa dengan keluarga OKT yang mencari tempat yang betul untuk dia membayar jaminan dan aku taktahu tapi aku asked around and bawa dia pergi kaunter untuk urusan dia itu.

Jelas di wajah dia, susah nak gambarkan dengan tulisan. Kalau kau pernah ada ahli keluarga yang secara tak sengaja dituduh di bawah seksyen yang berat seperti jenayah/ akta dadah merbahaya, dan kau orang paling terketar sekali bila ahli kelaurga kau menghadap Majistret.


I felt it once.

Dan cukuplah.
Aku terlupa aku pernah mewakili Mak sendiri untuk dapatkan nasihat undang2. Dan insiden itu sendiri buat aku termenangis depan Pensyarah Undang-undang Jenayah ketika itu Madam Mahanon.

Dan aku cari dan cari lagi nasihat daripada Dr Farheen dan cara untuk aku bela mak aku walaupun aku masih lagi pelajar undang-undang ketika itu. Turun naik bangunan set appointment dengan Sir Raja Bad. Dan akhirnya usaha aku tak dapat dihadapkan kepada Majistret sebab aku bukan peguam. Mak berdepan dengan Majistret dan aku yang berdebar kencang di tempat duduk belakang.

Alhamdulillah jasamu dikenang. Pensyarah aku tolong dengan bantuan yang amat besar dan akhirnya denda rm500 sahaja.


p/s: Cuba bayangkan, kesalahan tu kau tak sedar dia satu kesalahan contohnya memiliki, menjual dan mengedar ubat-ubatan yang tak brdaftar dan kena dihadapkan mahkamah selepas dua kali saman diserahkan tapi saman tak sampai di tangan tertuduh. itu adalah satu contempt tapi orang awam tak tau. dan orang awam ini lah yang aku akan bantu in sha Allah bermula selasa depan. Doakan.


Bai.

No comments:

Post a Comment