Wednesday 26 September 2018

Dream Jar

Hati ku berbunga begini kala memikirkan balang warna-warni dan enak disuap.. Nak tau? (credit: Google images)

Image result for jarJar macam ni letak oat, lapis dengan yogurt, buah-buahan manis dan                                                      susu...em sedapnya.




Atau lapiskan coklat, marshmallow, candies... Lagi best kalau candies tu buat sendiri.







(Credit: Google images)


Ataupun.... buat kek batik susun dalam jar pastu... letak ribbon...









(Credit: Google Images)


ha... tak sempat dah nak cerita panjang. Bai.



Thursday 13 September 2018

The Suits Korea [How I found myself]

When you love yourself, no one can stop you.
[Macamanalah Go Yeon Woo yang tiada lesen dan degree undang-undang boleh begitu cemerlang mempertahankan klien dan memberi hak kepada mangsa/pengadu... Berlatarbelakangkan kehidupan yang tidak memihak kepada dia, dia cuba secara salah impersonate a lawyer and perform very well.] #thesuitskorea

Nikmat mana lagi kau nak nafikan bilamana degree dah ada, tinggal lesen je lagi untuk kau beralasan untuk tidak membantu masyarakat dan menjadi individu yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan berilmu untuk mempertahankan yang hak?

Semalam ada briefing Dock Brief yg telah membuka mata aku untuk ketepikan personal bias dan judgment bila mewakili OKT.
DAN aku start Dock brief next Tuesday (Doakan.)
Dan tadi ditakdirkan berjumpa dengan keluarga OKT yang mencari tempat yang betul untuk dia membayar jaminan dan aku taktahu tapi aku asked around and bawa dia pergi kaunter untuk urusan dia itu.

Jelas di wajah dia, susah nak gambarkan dengan tulisan. Kalau kau pernah ada ahli keluarga yang secara tak sengaja dituduh di bawah seksyen yang berat seperti jenayah/ akta dadah merbahaya, dan kau orang paling terketar sekali bila ahli kelaurga kau menghadap Majistret.


I felt it once.

Dan cukuplah.
Aku terlupa aku pernah mewakili Mak sendiri untuk dapatkan nasihat undang2. Dan insiden itu sendiri buat aku termenangis depan Pensyarah Undang-undang Jenayah ketika itu Madam Mahanon.

Dan aku cari dan cari lagi nasihat daripada Dr Farheen dan cara untuk aku bela mak aku walaupun aku masih lagi pelajar undang-undang ketika itu. Turun naik bangunan set appointment dengan Sir Raja Bad. Dan akhirnya usaha aku tak dapat dihadapkan kepada Majistret sebab aku bukan peguam. Mak berdepan dengan Majistret dan aku yang berdebar kencang di tempat duduk belakang.

Alhamdulillah jasamu dikenang. Pensyarah aku tolong dengan bantuan yang amat besar dan akhirnya denda rm500 sahaja.


p/s: Cuba bayangkan, kesalahan tu kau tak sedar dia satu kesalahan contohnya memiliki, menjual dan mengedar ubat-ubatan yang tak brdaftar dan kena dihadapkan mahkamah selepas dua kali saman diserahkan tapi saman tak sampai di tangan tertuduh. itu adalah satu contempt tapi orang awam tak tau. dan orang awam ini lah yang aku akan bantu in sha Allah bermula selasa depan. Doakan.


Bai.

Aku dan Sonotron.

Kejadian di muka aku mungkin berpunca daripada step double cleansing yang me'irritate' kulit dan aku garu muka sendiri atau mungkin alahan tuna dalam tin selepas syok nikmat sandwich ala-ala Subways.. mungkin juga faktor lain yang tiada dalam pengetahuanku.

Jadi, ditakdirkan Allah, Atiqah Othman ini bawa aku gi klinik keluarga doktor keluarga beliau. Dr. Khadzali. Dengan kata-kata dia dan masa yang diluangkan serta terapi Sonotron.. aku kembali yakin untuk berjumpa dengan manusia.

Dua kali setakat ni aku buat rawatan Sonotron. Alhamdulillah kulit muka yang kasar macam baru lepas cukur / kertas pasir halus tu dah hilang, masih parut yang tinggal. Dan Jerawat akibat hormon, stress dan pemakanan (penghadaman).

Jadi, aku kembali kepada gaya hidup sihat dengan amalan buah setiap hari, makan real food sahaja, makan ubat, vitamin, cuci muka sebelum tido, apply moisturizer dan sebagainya.

Surat Anbiya' ayat 83.

Baca ikut arahan Ustaz Syahran dan yakin Allah yang datangkan penyakit, Dia jugalah yang sembuhkan.

Well, nk tengok muka before n after kena tanya officemates je la. dan aku sendiri yang alaminya.

hemmmmmm...

http://ismera2116.blogspot.com/2012/12/rawatan-sonotron.html

Ada maklumat klinik ditulis dalam blog ini dan blog2 lain.



ni mesin sonotron.

Wednesday 12 September 2018

SERVICE OF DOCUMENTS

Hai,

my current research is on the service. Service of document. Whether service by A.R. Registered post is considered valid without any acknowledgement notice from the receiver.
Undang-undang berkait dengan serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan adalah mantap. Aturan 62 kaedah 6(1) membenarkan serahan secara kediri dibuat melalui Pos BerdaftarBerbayar Dahulu. Sementara itu di bawah s 12 Akta Tafsiran 1948 undang-undang membuat anggapan berikut:
Where a written law authorises or requires a document to be served by post, then, until the contrary is proved, service —
  • (a) 
    shall be presumed to be effected by properly addressing, prepaying and posting by registered post a letter containing the document; and
  • (b) 
    shall be presumed to have been effected at the time when the letter would have been delivered in the ordinary course of the post.
 Di dalam kes Ans Development SDN BHD v Azhar Bin Wahab [2017] MLJU 684, perkhidmatan Pos Daftar telah dijelaskan sebagai mana berikut:
 Perkhidmatan Pos Daftar merupakan perkhidmatan dua hala iaitu setiap Pos Daftar yang tidak dapat diserahkan akan dikembalikan kepada pengirim mengikut alamat pengirim yang tertera pada sampul Pos Daftar yang berkenaan. Sekiranya semasa serahan dibuat penerima tiada di rumah atau di premisnya, Notis Pemberitahuan akan ditinggalkan di dalam peti surat dan penerima boleh menuntutnya di Pejabat Pos yang berkenaan dalam tempoh 15hari kalendar. Perkhidmatan Pos Daftar ini juga menawarkan perkhidmatan nilai tambah iaitu Insurans dan Akuan Penerimaan (AR). Akuan Penerimaan atau Advice of Receipt (AR), adalah satu kaedah pemberitahuan kepada pengirim bahawa barangan pos telah diserahkan kepada penerima, tanpa pengirim membuat pertanyaan rasmi kepada Pos Malaysia. Pengirim perlu mendapatkan kad AR dari kaunter dan mengisi maklumat yang diperlukan. Bayaran untuk AR perlu dijelaskan dalam bentuk setem. Bayaran AR adalah sebanyak RM0.40 bagi pengeposan dalam negeri, RM0.60bagi Singapura dan Brunei Darussalam dan RM1.00 untuk pengeposan ke negara-negara lain. (penekanan ditambah).

yes. Sepatutnya kena ada Akuan Penerimaan (AR).
Pengirim perlu mendapatkan kad AR dari kaunter.

Berdasarkan kepada penjelasan tersebut, kad A.R. adalah satu kaedah pemberitahuan kepada pengirim bahawa barangan pos telah pun diserahkan kepada penerima. Kad A.R. yang dikepilkan semasa mengepos adalah merupakan satu akuan penerimaan. Oleh kerana plaintif sendiri telah memilih untuk menggunakan medium serahan secara Pos A.R. Berdaftar, plaintif hendaklah mengemukakan kad A.R. yang diterima semula dari defendan sebagai bukti serahan (certificate of posting). Tanpa bukti serahan melalui pengemukaan kad A.R. tersebut, plaintif tidak boleh terus bergantung kepada anggapan serahan di bawah undang-undang.

Di dalam kes yang sama, Mahkamah telah memutuskan bahawa Plaintif gagal mengemukakan keterangan yang menunjukkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan dengan sempurna ke atas Defendan dan menyatakan bahawa:


“Berdasarkan kepada penjelasan tersebut, kad A.R. adalah satu kaedah pemberitahuan kepada pengirim bahawa barangan pos telah pun diserahkan kepada penerima. Kad A.R. yang dikepilkan semasa mengepos adalah merupakan satu akuan penerimaan. Oleh kerana Plaintif sendiri telah memilih untuk menggunakan medium serahan secara Pos A.R. Berdaftar, Plaintif hendaklah mengemukakan kad A.R. yang diterima semula dari Defendan sebagai bukti serahan (certificate of posting). Tanpa bukti serahan melalui pengemukaan kad A.R. tersebut, Plaintif tidak boleh terus bergantung kepada anggapan serahan di bawah undang-undang. Hasil penelitian ke atas Afidavit Penyampaian Mohamad Fadzle bin Hasni, mendapati bahawa fakta tentang penerimaan kembali kad A.R. tersebut tidak dinyatakan atau dieksibitkan.”


k. tu je. bai



Tuesday 11 September 2018

Cita-cita Aku menjadi Criminal Lawyer

Aku habiskan cuti aku baru-baru ni dengan menonton Suits (Korea). Well, it successfully ignites my fire to practice criminal law. plus, aku pun dapat legal aid Dock Brief... so, alhamdulillah!

to be honest, criminal procedure adalah subjek yang agak kecundang despite of aku minat okay. tapi salah aku. minat saja tak guna, kena usaha. tunjuk usaha. belajar!

so, ni aku nak tebus balik dan aku nak kejar cita-cita aku. hope korang pun dapat jumpa cita-cita korang dan go for it!

Chambering Mac 2018-Disember 2018

Harini aku bersiap sedia untuk briefing esok. aku akan serve for legal aid di  mahkamah di bawah program Dock Brief. well, aku tengah prepare myself by reading one blog written by my fellow chamberingmate, Weera. ni link dia, https://wp.me/p9lVhe-7o

DOCK BRIEF is generally a representation for unrepresented accused of criminal offfences in court. so, as chambering, we got to represent the accused by doing few tasks and get him out of the court (on bail) for bailable offences. hemmm,, nnti aku sambung.

Post- Graduation.

Hi. Assalamualaikum.


 by the time you reading this, aku kat ofis chambering aku kat taman melawati.

 after macam-macam events yang telah aku lalui, aku rasa nak menulis (plus, my only sister suruh aku tulis blog semula).

So, let me list the events first...

 1) Perjalanan Chambering aku yang bermula pada Februari 2018 selepas aku habis final exam Januari 2018. Tapi Aku stop selepas seminggu di situ then aku apply tempat baru yang aku masih lagi menerima latihan guaman di sini sampai ke hari ini.

 2) Eczema aku kat tangan and u know what? naik ke muka dan muka aku teruk gile!

 3) Life sebagai a young adult and apa yang aku buat untuk terus hidup selepas Graduate.

4) Job-hunting post-chambering. okay..

 BAB 1

 Ringkasnya, dah tujuh bulan aku chambering dan akan habis tepat 8hb Disember 2018 Amin.

 Well, sebagai a young adult yang baru masuk ofis.. banyak aku dah hadapi dan pelajari even sampai harini mesti aku kena renew and reset minda setiap hari untuk lebih produktif.

 Dan aku curi masa sikit harini untuk blog. Bab ni, aku akan cerita kat entri lain next time in sha Allah. boleh ingatkan aku by emel aku kat sarah_adni@yahoo.com

 Ha.. nak cerita pasal eczema kat muka.

Cuba google sonotron. ni satu mesin terapi untuk pelbagai jenis penyakit. well, kau tryla google banyak ada dalam blog. nak ceritanya, alhamdulillah setelah bermacam rawatan aku buat dengan bekam, mandi air jampi, akupuntur kat muka dan badan, gi farmasi beli ubat dan akhirnya perjalanan aku berbuat terhenti kat Klinik Keluarga Dr. Hj Khadzali kat Permata.

 Alhamdulillah berbekalkan nasihat, rawatan, ubat dan sentuhan nurse dan doa selawat serta tawakal. muka aku recovering cuma kena jaga makan la..huhu. ok aku nk sambung keje. kalau nk tau lagi, emel aku. nnti aku sambung tulis. bai.