Wednesday 12 September 2018

SERVICE OF DOCUMENTS

Hai,

my current research is on the service. Service of document. Whether service by A.R. Registered post is considered valid without any acknowledgement notice from the receiver.
Undang-undang berkait dengan serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan adalah mantap. Aturan 62 kaedah 6(1) membenarkan serahan secara kediri dibuat melalui Pos BerdaftarBerbayar Dahulu. Sementara itu di bawah s 12 Akta Tafsiran 1948 undang-undang membuat anggapan berikut:
Where a written law authorises or requires a document to be served by post, then, until the contrary is proved, service —
  • (a) 
    shall be presumed to be effected by properly addressing, prepaying and posting by registered post a letter containing the document; and
  • (b) 
    shall be presumed to have been effected at the time when the letter would have been delivered in the ordinary course of the post.
 Di dalam kes Ans Development SDN BHD v Azhar Bin Wahab [2017] MLJU 684, perkhidmatan Pos Daftar telah dijelaskan sebagai mana berikut:
 Perkhidmatan Pos Daftar merupakan perkhidmatan dua hala iaitu setiap Pos Daftar yang tidak dapat diserahkan akan dikembalikan kepada pengirim mengikut alamat pengirim yang tertera pada sampul Pos Daftar yang berkenaan. Sekiranya semasa serahan dibuat penerima tiada di rumah atau di premisnya, Notis Pemberitahuan akan ditinggalkan di dalam peti surat dan penerima boleh menuntutnya di Pejabat Pos yang berkenaan dalam tempoh 15hari kalendar. Perkhidmatan Pos Daftar ini juga menawarkan perkhidmatan nilai tambah iaitu Insurans dan Akuan Penerimaan (AR). Akuan Penerimaan atau Advice of Receipt (AR), adalah satu kaedah pemberitahuan kepada pengirim bahawa barangan pos telah diserahkan kepada penerima, tanpa pengirim membuat pertanyaan rasmi kepada Pos Malaysia. Pengirim perlu mendapatkan kad AR dari kaunter dan mengisi maklumat yang diperlukan. Bayaran untuk AR perlu dijelaskan dalam bentuk setem. Bayaran AR adalah sebanyak RM0.40 bagi pengeposan dalam negeri, RM0.60bagi Singapura dan Brunei Darussalam dan RM1.00 untuk pengeposan ke negara-negara lain. (penekanan ditambah).

yes. Sepatutnya kena ada Akuan Penerimaan (AR).
Pengirim perlu mendapatkan kad AR dari kaunter.

Berdasarkan kepada penjelasan tersebut, kad A.R. adalah satu kaedah pemberitahuan kepada pengirim bahawa barangan pos telah pun diserahkan kepada penerima. Kad A.R. yang dikepilkan semasa mengepos adalah merupakan satu akuan penerimaan. Oleh kerana plaintif sendiri telah memilih untuk menggunakan medium serahan secara Pos A.R. Berdaftar, plaintif hendaklah mengemukakan kad A.R. yang diterima semula dari defendan sebagai bukti serahan (certificate of posting). Tanpa bukti serahan melalui pengemukaan kad A.R. tersebut, plaintif tidak boleh terus bergantung kepada anggapan serahan di bawah undang-undang.

Di dalam kes yang sama, Mahkamah telah memutuskan bahawa Plaintif gagal mengemukakan keterangan yang menunjukkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan dengan sempurna ke atas Defendan dan menyatakan bahawa:


“Berdasarkan kepada penjelasan tersebut, kad A.R. adalah satu kaedah pemberitahuan kepada pengirim bahawa barangan pos telah pun diserahkan kepada penerima. Kad A.R. yang dikepilkan semasa mengepos adalah merupakan satu akuan penerimaan. Oleh kerana Plaintif sendiri telah memilih untuk menggunakan medium serahan secara Pos A.R. Berdaftar, Plaintif hendaklah mengemukakan kad A.R. yang diterima semula dari Defendan sebagai bukti serahan (certificate of posting). Tanpa bukti serahan melalui pengemukaan kad A.R. tersebut, Plaintif tidak boleh terus bergantung kepada anggapan serahan di bawah undang-undang. Hasil penelitian ke atas Afidavit Penyampaian Mohamad Fadzle bin Hasni, mendapati bahawa fakta tentang penerimaan kembali kad A.R. tersebut tidak dinyatakan atau dieksibitkan.”


k. tu je. bai



No comments:

Post a Comment